KRISIS EKONOMI SEBAGAI FAKTOR KEGANASAN RUMAH TANGGA TERHADAP SUAMI: SUATU TINJAUAN TERHADAP MEKANISME PENYELESAIAN MENURUT PERUNDANGAN ISLAM DAN PERANAN INSTITUSI BERKAITAN DI MALAYSIA
Contributors
Alif Aiman Kamaruzaman
Muhammad Adam Baharin
Hasnizam Hashim
Intan Nadia Ghulam Khan
Haliza A. Shukor
Keywords
Proceeding
Track
Article
License
Copyright (c) 2025 Alif Aiman Kamaruzaman; Muhammad Adam Baharin; Hasnizam Hashim; Intan Nadia Ghulam Khan; Haliza A. Shukor;

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Abstract
Many people assume that domestic violence occurs in a one-sided manner namely abuse by husbands against wives. However, behind this perception lies a reality that is rarely discussed. Domestic violence is not confined to one party alone. It also involves wives abusing their husbands whether physically, emotionally, or psychologically, as reported by local and international media. In the context of a world facing economic challenges including Malaysia, rising living costs, high inflation rates, and economic uncertainty have placed significant pressure on family institutions particularly on husbands’ responsibilities as family leaders and primary contributors to household economic stability. This phenomenon of domestic violence against husbands receives little attention from various parties and is rarely discussed despite its occurrence. Available statistics also indicate that one of the main causes of such incidents stems from issues related to financial provision and economic stress. Therefore, this study is conducted to examine how Islam views violence perpetrated by wives against husbands as well as to explore the role of relevant institutions in addressing this issue. This study employs a qualitative method based on conceptual analysis of classical and contemporary fiqh sources, academic journals, newspaper reports, and data from relevant institutions to unravel the problem. The findings of this study are expected to open new avenues of awareness that violence against husbands is also a form of injustice that must be addressed fairly and wisely in accordance with the principles of Islamic jurisprudence (Fiqh Islam) and Maqasid al-Shariah, in order to preserve family well-being and social harmony amid the current economic climate of the country.
Ramai yang menganggap bahawa keganasan rumah tangga berlaku secara satu hala, iaitu penderaan suami terhadap isteri. Namun, di sebalik tanggapan tersebut, wujud realiti yang jarang diperkatakan. Penderaan dalam rumah tangga tidak terhad kepada satu pihak sahaja, malah turut melibatkan isteri terhadap suami, sama ada dalam bentuk fizikal, emosi atau psikologi sebagaimana yang dilaporkan oleh media tempatan dan antarabangsa. Dalam konteks dunia yang sedang berdepan dengan cabaran ekonomi termasuk Malaysia iaitu peningkatan kos sara hidup, kadar inflasi yang tinggi serta ketidaktentuan ekonomi telah memberi tekanan besar kepada institusi keluarga khususnya terhadap tanggungjawab suami sebagai pemimpin keluarga dan penyumbang utama kepada kestabilan ekonomi rumah. Fenomena keganasan rumah tangga terhadap suami ini kurang mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan kurang dibincangkan sedangkan ia berlaku. Statistik yang diperoleh juga menunjukkan bahawa antara punca utama kejadian ini berpunca daripada isu nafkah dan tekanan kewangan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi meneliti bagaimana Islam melihat keganasan yang dilakukan oleh isteri terhadap suami serta peranan institusi berkaitan dalam mengatasi perkara ini. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif berasaskan analisis konseptual terhadap sumber fiqh klasik dan kontemporari, jurnal akademik, laporan akhbar serta data institusi berkaitan bagi merungkai permasalahan tersebut. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membuka ruang kesedaran baharu bahawa keganasan terhadap suami juga merupakan satu bentuk kezaliman yang mesti ditangani secara adil dan berhemah menurut prinsip Fiqh Islam dan Maqasid al-Syariah demi memelihara kesejahteraan keluarga serta keharmonian masyarakat dalam suasana ekonomi semasa negara