CABARAN PENDAKWAAN JENAYAH SIHIR DI MAHKAMAH SYARIAH: KAJIAN KHUSUS MENURUT ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (I) NEGERI KELANTAN
Contributors
Ainnur Sofia Mohd Nor Azman
Mohd Sabree Nasri
Keywords
Proceeding
Track
Article
License
Copyright (c) 2025 Ainnur Sofia Mohd Nor Azman; Faezah Rokhani;

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Abstract
Kajian ini meneliti cabaran pendakwaan jenayah sihir di Mahkamah Syariah Kelantan berdasarkan kepada perspektif Islam dan perundangan semasa. Umum mengetahui bahawa, terdapat cabaran dalam pendakwaan jenayah sihir atas faktor ketiadaan bukti fizikal dan ia bersifat ghaib. Pendakwaan jenayah sihir di Mahkamah Syariah Kelantan menghadapi kesukaran dalam mencari bahan bukti yang kukuh. Objektif kajian ini adalah untuk memahami konsep asas jenayah sihir menurut Islam, mengenal pasti cabaran utama dalam pendakwaan jenayah sihir, dan mencadangkan penambahbaikan pada peruntukan statut jenayah sihir. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif, melibatkan pengumpulan data melalui temubual, kajian kepustakaan, dan analisis kandungan (jurisprudens Islam). Hasil kajian menunjukkan cabaran utama termasuk ketiadaan peruntukan khas bagi pakatjahat jenayah, kesukaran membuktikan penyubahat dan penyihir, kekangan dalam sistem perundangan dan kehakiman, serta kesukaran dalam menetapkan definisi 'sihir' yang konklusif. Kajian ini mencadangkan pembinaan garis panduan yang standard bagi pembuktian jenayah sihir di Mahkamah Syariah dan penambahbaikan pada peruntukan statut jenayah sihir. Cadangan termasuk penyediaan panduan terperinci untuk hakim syarie dalam menangani kes-kes jenayah sihir. Dengan penambahbaikan ini, dapat meningkatkan kecekapan sistem perundangan Syariah di Malaysia dalam menangani jenayah sihir serta memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pengamal undang-undang dan masyarakat mengenai isu ini.
This study examines the challenges of prosecuting witchcraft (sihir) offences in the Syariah Courts of Kelantan from both Islamic and contemporary legal perspectives. It is well known that prosecuting witchcraft is difficult due to the absence of physical evidence and its inherently unseen or supernatural nature. As a result, the prosecution of witchcraft cases in the Kelantan Syariah Courts faces significant obstacles in establishing strong and admissible evidence. The objectives of this study are to understand the foundational concept of witchcraft offences in Islam, identify the main challenges in prosecuting such offences, and propose improvements to existing statutory provisions on witchcraft crimes. The research adopts a qualitative methodology, involving data collection through interviews, literature review, and content analysis of Islamic jurisprudence. The findings indicate several major challenges, including the absence of specific provisions on criminal conspiracy, difficulty in proving abetment and identifying the perpetrator, limitations within the legal and judicial system, and the challenge of defining “witchcraft” in a precise and conclusive manner. The study proposes the development of standard guidelines for proving witchcraft offences in the Syariah Courts as well as enhancements to the statutory framework governing such crimes. Recommendations include providing more detailed guidance for hakim syarie when handling witchcraft-related cases. These improvements are expected to enhance the efficiency of the Syariah legal system in Malaysia in addressing witchcraft offences and to deepen the understanding of legal practitioners and the public regarding this issue.