AN OVERVIEW OF PARENTAL ALIENATION ON CHILD CUSTODY AND ḤADANAH CASES
Contributors
Sarah Sakinah Azman
Asmidah Ahmad
Keywords
Proceeding
Track
Article
License
Copyright (c) 2025 Sarah Sakinah Azman; Asmidah Ahmad;

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Abstract
Parental alienation (PA) can be defined as a mental condition involving the rejection from a child towards one parent under custody matter. Parental alienation has been discussed widely by international scholars however this matter seems less known in Malaysian society. The purpose of this study is to understand the extent of discussion regarding parental alienation on determining the right of custody in court in Malaysia and to identify whether it is a crime along with-it consequences on children involved. Various discussions on parental alienation have led to different opinions and views. Some argued that parental alienation is one of the forms of child abuse reasoning the act tends to be committed by a party who wants to dominate his right using the child to oppose another party. Nonetheless, in Malaysia, this issue has not been discussed in detail hence this study mostly manages to refer to writings from the United States and other countries. The methodology used is qualitative where it focuses on library-based research and related provisions from statues, cases regarding child custody from both civil court and Syariah court and selected materials from books, journals, articles. The findings indicate parental alienation is not an offence in Malaysia and there is no specific law regarding parental alienation. Although parental alienation cannot be considered as a crime, the court has recognized the existence of it and one party can take a legal action against another party under civil litigation separately. Therefore, through this writing, it is hoped to provide an enlightenment on the issue of parental alienation in child custody and ḥaḍānah cases.
Pengasingan ibu bapa (parental alienation, PA) boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan mental yang melibatkan penolakan oleh seorang anak terhadap salah seorang ibu bapa dalam isu hak penjagaan. Walaupun konsep parental alienation telah dibincangkan secara meluas oleh sarjana antarabangsa, isu ini masih kurang dikenal pasti dalam konteks masyarakat Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk memahami sejauh mana perbincangan mengenai parental alienation dalam menentukan hak penjagaan di mahkamah di Malaysia, serta mengenal pasti sama ada ia merupakan suatu jenayah dan implikasinya terhadap kanak-kanak yang terlibat. Pelbagai perbincangan berkaitan parental alienation telah membawa kepada perbezaan pandangan. Sesetengah pihak berhujah bahawa parental alienation merupakan salah satu bentuk penderaan kanak-kanak, memandangkan tindakan tersebut lazimnya dilakukan oleh pihak yang ingin mendominasi haknya dengan menggunakan anak untuk menentang pihak yang lain. Namun begitu, di Malaysia, isu ini masih belum dibincangkan secara terperinci, menyebabkan kajian ini banyak merujuk kepada penulisan dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Metodologi kajian ini adalah kualitatif, berfokuskan kajian perpustakaan dan peruntukan yang berkaitan dalam statut, kes-kes hak penjagaan anak dari Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, serta bahan-bahan terpilih daripada buku, jurnal dan artikel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa parental alienation bukan merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia dan tiada undang-undang khusus mengenainya. Walaupun ia tidak dianggap sebagai jenayah, mahkamah mengiktiraf kewujudannya dan mana-mana pihak boleh mengambil tindakan undang-undang secara litigasi sivil terhadap pihak yang satu lagi. Oleh itu, melalui penulisan ini diharapkan dapat memberikan pencerahan mengenai isu parental alienation dalam kes hak penjagaan anak dan ḥaḍānah.