ANALISIS PERBANDINGAN APLIKASI BILANGAN SAKSI DI MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA
Contributors
Jamadi Saleh
Muhammad Mujiburrahman Amir Paisal
Suhaizad Saifuddin
Keywords
Proceeding
Track
Article
License
Copyright (c) 2025 Mr. Jamadi bin Saleh; Muhammad Mujiburrahman bin Amir Paisal; Dr Suhaizad;

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Abstract
|
Witness testimony constitutes one of the fundamental pillars of Islamic evidentiary law, serving as a primary mechanism for upholding truth and justice. This study aims to examine the concept of testimony (syahadah) and the required number of witnesses in the context of evidentiary law in the Syariah Courts, and to compare its application with that of the Civil Courts in Malaysia. Adopting a qualitative approach through library research and document analysis, this study finds that the Enactment of Evidence for Syariah Courts, which is grounded in Islamic law, prescribes a specific number of witnesses depending on the type of case. In contrast, the Civil Courts, guided by the Evidence Act 1950, do not stipulate any fixed number of witnesses but rather assess testimony based on its credibility and probative value. The uniqueness of Syariah evidentiary law lies in its spiritual dimension, where integrity and moral accountability are reinforced through the mechanism of oath-taking (yamin), ensuring honesty before Allah SWT. Furthermore, the stringent conditions imposed on witnesses — such as being just, truthful, of sound memory, and free from bias elevate the reliability and moral weight of their testimony in the process of proof. On the other hand, the Civil Courts evaluate witness credibility through cross-examination, without specific requirements concerning the number or status of witnesses. Accordingly, the evidentiary framework of the Civil Courts is more flexible and pragmatic, emphasizing the reliability of witnesses, while the Syariah evidentiary system is more cautious and comprehensive, as it integrates both external and spiritual dimensions to ensure the purity and truthfulness of testimony in the pursuit of justice. This study recommends that reforms be undertaken to enhance the Syariah evidentiary framework, including standardizing the application of witness testimony across Syariah Courts in Malaysia. Keterangan saksi merupakan salah satu asas penting dalam undang-undang keterangan Islam yang berperanan sebagai mekanisme utama untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan konsep kesaksian dan syarat bilangan saksi di Mahkamah Syariah dalam undang-undang keterangan serta perbandingannya dengan Mahkamah Sivil di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menumpukan kepada kajian kepustakaan dan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah yang berpandukan kepada hukum syarak menetapkan bilangan saksi tertentu mengikut jenis kes. Manakala Mahkamah Sivil yang berpandukan kepada Akta Keterangan 1950 tidak menetapkan bilangan saksi tertentu, sebaliknya menilai keterangan berdasarkan kebolehpercayaan dan nilai probatif. Keunikan undang-undang keterangan Syariah juga menekankan aspek integriti rohani melalui mekanisme sumpah (yamin) sebagai jaminan kejujuran dan tanggungjawab terhadap Allah SWT. Tambahan pula, syarat ketat terhadap saksi seperti adil, jujur, kuat ingatan dan bebas prasangka menjadikan keterangannya lebih bernilai dalam proses pembuktian. Mahkamah Sivil pula menilai kredibiliti saksi melalui proses pemeriksaan balas tanpa pensyaratan khusus terhadap status atau bilangan saksi. Oleh yang demikian, undang-undang keterangan Mahkamah Sivil lebih fleksibel dan praktikal dengan menumpukan kepada kebolehpercayaan saksi, manakala undang-undang keterangan Mahkamah Syariah lebih berhati-hati dan menyeluruh kerana menggabungkan unsur zahir dan spiritual bagi memastikan kemurnian serta kejujuran keterangan dalam usaha menegakkan keadilan. Kajian ini mencadangkan agar penambahbaikan undang-undang keterangan Syariah dilaksanakan di samping menyeragamkan aplikasi kesaksian di Mahkamah Syariah di seluruh negeri. |