KEBOLEHTERIMAAN RAKAMAN AUDIO DAN VIDEO SEBAGAI KETERANGAN DI MAHKAMAH SYARIAH DAN SIVIL DI MALAYSIA: ANALISIS PERUNDANGAN PERBANDINGAN


Date Published : 31 December 2025

Contributors

Malai Nurfarhanah Ilyana Malai Hashim

Author

Siti Zaidah Zakaria

Author

Suhaizad Saifuddin

Author

Keywords

Keterangan Digital Rakaman Audio dan Video Ketulenan Kebolehpercayaan Undang-Undang Keterangan

Proceeding

Track

Article

License

Copyright (c) 2025 Malai Nurfarhanah Ilyana Malai Hashim; Siti Zaidah Zakaria; Suhaizad Saifuddin;

Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.

Abstract

Penerimaan keterangan berbentuk rakaman audio dan video dalam prosiding Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia menunjukkan perkembangan signifikan seiring kemajuan teknologi digital. Bukti berasaskan multimedia kini memainkan peranan penting dalam memperkukuh fakta kes, namun menimbulkan persoalan berkaitan ketulenan, kebolehpercayaan, serta kesahihan prosedur pembuktian di sisi undang-undang. Kajian ini meneliti isu dan implikasi perundangan berhubung kebolehterimaan rakaman audio dan video sebagai bahan keterangan, dengan tumpuan khusus terhadap amalan di Mahkamah Syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen kualitatif melibatkan perbandingan antara peruntukan undang-undang, keputusan kes mahkamah, serta pandangan sarjana hukum Syariah dan sivil. Dapatan kajian menunjukkan bahawa meskipun Mahkamah Sivil memperuntukkan mekanisme khusus melalui Seksyen 90A hingga 90C Akta Keterangan 1950, Mahkamah Syariah pula masih bergantung kepada tafsiran umum di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Sabah) 2004. Perbezaan ini menimbulkan cabaran dari segi ketulenan bukti digital, dan keperluan kepakaran teknikal. Kajian ini juga menekankan kepentingan peranan pakar forensik digital dalam menilai bukti berasaskan teknologi agar keputusan kehakiman tidak terjejas oleh manipulasi digital atau kelemahan teknikal. Justeru, kajian mencadangkan penambahbaikan melalui pewujudan garis panduan pengesahan teknikal, latihan digital kepada pegawai kehakiman, serta harmonisasi perundangan antara sistem sivil dan Syariah. Implikasi kajian ini diharap dapat memperkukuh integriti sistem perundangan dan memastikan keadilan Islam terpelihara dalam era digital.

 

The acceptance of audio and video recordings as evidence in the proceedings of Malaysia’s Syariah and Civil Courts reflects a significant development parallel to the advancement of digital technology. Multimedia-based evidence now plays a crucial role in strengthening factual claims; however, it also raises concerns regarding authenticity, reliability, and the procedural validity of proof within the legal framework. This study examines the legal issues and implications surrounding the admissibility of audio and video recordings as evidence, with particular emphasis on their application in the Syariah Courts. Adopting a qualitative document analysis approach, the study compares relevant legal provisions, judicial decisions, and scholarly perspectives from both Syariah and civil law viewpoints. The findings indicate that while the Civil Courts provide specific mechanisms under Sections 90A to 90C of the Evidence Act 1950, the Syariah Courts continue to rely on broader interpretations under the Syariah Court Evidence Enactment (Sabah) 2004. This disparity presents challenges in terms of digital evidence authentication and the need for technical expertise in handling such materials. The study further highlights the importance of digital forensic experts in evaluating technology-based evidence to prevent judicial decisions from being compromised by digital manipulation or technical deficiencies. Consequently, this paper recommends improvements through the establishment of technical verification guidelines, digital competency training for judicial officers, and harmonisation of legal frameworks between the civil and Syariah court systems. The implications of this study are expected to strengthen the integrity of the legal system and uphold the principles of Islamic justice in the digital era.

References

Al-Qurʾān al-Karīm.
Abdelrahman Mohamed, W. M. (2022). Qaḍāyā muʿāṣirah fī al-ḥudūd wa al-jināyāt [Contemporary issues in ḥudūd and criminal offences]. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muʿadzam Shah (UniSHAMS).
Ahmad Azam Mohd Shariff. (2009). Jenayah moral dan kesusilaan di bawah undang-undang jenayah Syariah Malaysia: Pembuktian kes melalui qarinah rakaman foto dan video elektronik. Makalah Undang-undang, 3/2009. Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Akta Keterangan 1950.
Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Al-Amīr, M. I. I. Ṣ. M. al-Ḥasanī. (2011). Al-tanwīr sharḥ al-jāmiʿ al-ṣaghīr (Vol. 2, p. 64; M. I. M. Ibrāhīm, Ed.). Dār al-Salām.
Alias, A. (2023, June). Pemalsuan dokumen dan kedudukannya dalam perundangan syariah di Malaysia. Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. https://jmm.uis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/142/114
Alias, A. A., Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ahmad Syukran Baharuddin, & Muzaffar Syah Mallow. (2024). Wasāʾil ithbāt dalam undang-undang keterangan Islam: Analisis perundangan terhadap keabsahan dokumen elektronik di Mahkamah Syariah Malaysia. Malaysian Journal of Syariah and Law, 12(3), 689–700. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol12no3.792
Azhan Yahya, Ahmad Azam Mohd Shariff, & Mohd Abu Hassan. (2021). Kebolehterimaan keterangan dokumen elektronik di Mahkamah Syariah: Analisis permasalahan dan penyelesaiannya. In Proceedings of the International Conference on Syariah & Law 2021 (pp. 704–709).
Che Musa, C. H. (2012). Etika kewartawanan Islam. Jurnal Penyelidikan Islam, 25, 1–2.
Elmahjub, E. (2023). Artificial intelligence (AI) in Islamic ethics: Towards pluralist ethical benchmarking for AI. Philosophy & Technology, 36, 73. https://doi.org/10.1007/s13347-023-00668-x
Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. (2002). Iʿlām al-muwaqqiʿīn ʿan rabb al-ʿālamīn. Dār Ibn al-Jawzī.
Ismail Ariffin, Ghulam Ismail, & Adila. (2024). Understanding electronic evidence in Malaysian court. In Understanding electronic evidence in Malaysian court. https://www.sarbica.org.my/images/sarbica-2024-papers/no-6-understanding-electronic-evidence-in-malaysia-court.pdf
Jamāʿah min ʿUlamāʾ al-Tafsīr. (2015). Al-mukhtaṣar fī tafsīr al-Qurʾān al-karīm. Markaz Tafsīr li al-Dirāsāt al-Qurʾāniyyah.
Mahmud Saedon. (1990). Undang-undang keterangan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustapa Saʿdi, M., & Kamarudin, A. R. (2020). The position of electronic evidence under Islamic law and Malaysian law of evidence (Doctoral dissertation). International Islamic University Malaysia. https://studentrepo.iium.edu.my/server/api/core/bitstreams/8a8a11ef-b74d-456f-b4c5-86a7e0bd2b1b/content
Suhaizad Saifuddin, Fatimah Yusro Hashim, Mohd Zamre Mohd Zahir, & Asma Hakimah Ab Halim. (2025). Challenges in the enforcement of Syariah criminal law on social media in Malaysia: A review from the perspective of Syariah evidence law. Journal of Advanced Research Design, 145(1), 42–54. https://akademiabaru.com/submit/index.php/ard/article/view/6782
Suhaizad Saifuddin, Hashim, F. Y., Mohd Zahir, M. Z., & Ab Halim, A. H. (2025). Enforcement of Sharia criminal offences in cyberspace: Challenges from Malaysian legal perspective. Prophetic Law Review, 7(1), 25–46. https://doi.org/10.20885/PLR.vol7.iss1.art2
Suhaizad Saifuddin. (2025). Darjah pembuktian bagi pensabitan kes: Analisis perbandingan menurut perspektif Islam dan sistem perundangan. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 34(3), 29–47.
Suhaizad Saifuddin, Ruzian Markom, & Mohd Munzil Muhamad. (2019). Kaedah pembuktian dalam undang-undang keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu kajian perbandingan. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 31(1), 1–34. https://www.researchgate.net/profile/Mohd-Munzil-Muhamad/publication/330104907
Wan Abdul Fattah Wan Ismail. (2016). Penerimaan dan kekuatan dokumen elektronik dalam pembuktian di Mahkamah Syariah di Malaysia (Master’s thesis). Universiti Sains Islam Malaysia.
Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Lukman Abdul Mutalib, Ahmad Syukran Baharuddin, Nurul Syazwani Kahar, & Mohamad Aniq Alias. (2023). Keperluan prosedur operasi standard dalam penerimaan dokumen digital di Mahkamah Sivil Malaysia. UUM Journal of Legal Studies, 14(1), 365–390. https://doi.org/10.32890/uumjls2023.14.1.14
Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Syahirah Abdul Shukor, Hasnizam Hashim, & Ahmad Syukran Baharuddin. (2018). Pembuktian melalui televisyen/kamera litar tertutup (CCTV) dalam kes-kes jenayah: Tinjauan umum berdasarkan undang-undang keterangan Islam. Malaysian Journal of Syariah and Law, 6(1), 87–103. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol6no1.101
Zabidi, A. N., & Mohd Yusof, Z. A. (2023). Legal validity of AI evidence in criminal cases within Shariah court of Malaysia. SALAM Digest, 1(1), 81–91. https://salam.usim.edu.my/index.php/salamdigest/article/view/145
Zulkifli Hasan. (2011, April 8). Memahami undang-undang keterangan Islam. Shariʿah, Law, Islamic Finance and Muslim News. https://zulkiflihasan.wordpress.com/2011/04/08/

Downloads

How to Cite

Malai Nurfarhanah Ilyana Malai Hashim, M. N. I. M. H., Siti Zaidah Zakaria, S. Z. Z., & Suhaizad Saifuddin, S. S. (2025). KEBOLEHTERIMAAN RAKAMAN AUDIO DAN VIDEO SEBAGAI KETERANGAN DI MAHKAMAH SYARIAH DAN SIVIL DI MALAYSIA: ANALISIS PERUNDANGAN PERBANDINGAN. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 534-548. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/176