PENGGUNAAN NAS AL-QURAN DAN HADITH DALAM ALASAN PENGHAKIMAN KES PENGESAHAN TARAF ANAK: ANALISIS KES IQMAL SYAHIR DANIAL BIN HAMDAN DAN NOORATIKA BINTI ABU DAUD


Date Published : 22 January 2026

Contributors

Adam Hakim

Author

Keywords

Nas al-Quran dan Hadith Alasan Penghakiman Pengesahan Taraf Anak Garis Panduan Penulisan Teks Penghakiman (JKSM) Takhrij Hadith Quranic and Hadith Texts Grounds of Judgement Legitimacy Determination Judicial Writing Guidelines (JKSM)

Proceeding

Track

Article

License

Copyright (c) 2026 Adam Hakim;

Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.

Abstract

This study examines the use of Quranic and Hadith texts as legal justifications in the Grounds of Judgment of the Syariah Court in Malaysia, focusing on the case of Iqmal Syahir Danial Bin Hamdan and. Nooratika Binti Abu Daud at the Perak Syariah High Court. This case represents one of the recurring issues in Islamic legal practice concerning the determination of a child’s legitimacy status. The study aims to evaluate the appropriateness of Quranic and Hadith references within judicial reasoning by conducting Takhrij of the cited Hadiths and assessing the accuracy of textual citation methods based on the Guidelines for Judicial Writing issued by the Department of Syariah Judiciary Malaysia (JKSM). Methodologically, this qualitative research employs content analysis of judicial texts, analyzed thematically and comparatively, supported by inductive and deductive reasoning to ensure interpretive precision and validity of findings. The results reveal that four (4) Quranic verses and two (2) Hadiths, including two (2) Hadith Marfuʿ, were referenced in the judgment. The findings also highlight inaccuracies in the citation of certain texts that were inconsistent with JKSM guidelines, including the use of Hadith sources not found in the referenced collections. The study underscores the importance of precision and authenticity in the citation and application of scriptural sources to ensure that judicial decisions remain firmly grounded in authoritative Islamic jurisprudence. Further research is recommended to expand the analysis to other cases to enhance understanding and strengthen best practices in Islamic judicial writing in Malaysia.

Kajian ini meneliti penggunaan nas al-Quran dan Hadith sebagai hujah dalam Alasan Penghakiman Mahkamah Syariah di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada kes Iqmal Syahir Danial Bin Hamdan dan Nooratika Binti Abu Daud di Mahkamah Tinggi Syariah Perak, iaitu antara kes pengesahan taraf anak yang sering menjadi isu dalam perundangan Syariah. Kajian ini bertujuan menilai kesesuaian penggunaan nas dalam konteks penghakiman melalui pelaksanaan takhrij terhadap nas Hadith yang digunakan serta penilaian kaedah penukilan nas berdasarkan Garis Panduan Penulisan Teks Kehakiman yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Dari segi metodologi, kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap teks penghakiman. Data dianalisis melalui pendekatan tematik dan komparatif yang disokong oleh analisis induktif serta deduktif bagi memastikan ketepatan interpretasi dan kesahan dapatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa empat (4) nas al-Quran dan dua (2) nas Hadith telah digunakan dalam penghakiman, melibatkan dua (2) Hadith Marfu’. Dapatan turut mendedahkan wujud ketidaktepatan dalam penukilan beberapa nas yang tidak selaras dengan panduan JKSM, termasuk penggunaan sumber Hadith yang tidak wujud dalam kitab yang dinyatakan. Kajian ini menegaskan kepentingan ketelitian dalam penggunaan dan penukilan nas agar penghakiman yang dikeluarkan benar-benar berpaksikan kepada autoriti Syarak. Kajian lanjutan dicadangkan bagi memperluas analisis terhadap kes lain bagi memperkukuh pemahaman dan amalan penulisan teks kehakiman Islam di Malaysia.

References

Abu Daud, M.Y. (TT). Sunan Abi Daud. Syria: Dar Ihya al-Kutub al-‘Arabiah.
Ad-Daraqutni, A.U. (1985). Al-‘Ilal al-Waridah fi al-Ahadith an-Nabawiah. Riyadh: Dar at-Taibah.
Al-Azhim Abadi, A.A. (1994). ‘Aun al-Ma’bud syarh Sunan Abi Daud. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
Al-Bukhari, M.I. (2001). Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar Tuq an-Najah.
Al-Jalalain, J.S. (TT). Tafsir al-Jalalian. Kaherah: Dar al-Hadith.
Al-Jaziri, A.R. (2004). Al-Fiqh ‘ala Mazahib al-’Arba’ah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
At-Tabari, M.J. (TT). Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayil Quran. Mekah: Dar at-Tarbiah wat Turath.
At-Tirmizi, M.I. (1996). Sunan at-Tirmizi. Beirut: Dar al-Gharab al-Islami.
Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004
Esah binti Mohamad lwn. Mad Noor bin Lamin (Rayuan Perayu) [2022] JSPAQ 54-89
Ghazali, A.R. (2005). Proses Penghakiman dan Menjatuhkan Keputusan di Mahkamah Syariah: Satu Penilaian. Jurnal Hukum Jilid XIX (2), 189-216.
Halid, A.R.I. et al. (2025). Masa Kehamilan dan Persalinan dalam Perspektif Al-Qur’an dan Sains: Kajian Surah Al-Ahqaf Ayat 15, Hamalatul Qur’an: Jurnal Ilmu-ilmu Al-Qur’an (6), 25-34.
Harun, J. (2003). Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak: Menara Kebesaran Adab Hubungan Raja dengan Menteri. Jurnal Peradaban Melayu (1), 165-183.
Ibn al-Qas, A.A. (1989). Adab al-Qadhi. Saudi: Maktabah as-Siddiq.
Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, M.A. (1994). Tahzib Sunan Abi Daud wa Idhah ‘Ilalihi wa Musykilatihi. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
Ibn Kathir, I.U. (1998). Tafsir Ibn Kathir. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
Ibn Majah, M.Y. (tt). Sunan Ibn Majah. Aleppo: Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiah.
Iqmal Syahir Danial bin Hamdan dan Nooratika binti Abu Daud [2015] JSPAQ 139-158
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), (2014). Garis Panduan Penulisan Teks Kehakiman.
Muhammad, R. W. (2009). Sejarah Pentadbiran kehakiman Islam di Malaysia: Suatu Sorotan, dalam Kanun. Jurnal Undang-Undang Malaysia (1), 6-7.
Muslim, M.A. (1915). Sahih Muslim. Turki: Dar at-Taba’ah al-‘Amirah.
Muslim, M.A. (1955). Sahih Muslim. Kaherah: Matba'ah 'Isa.
Mustafa al-Bugha. (2016). Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam as-Syafie. Damsyik: Dar al-Mustafa.
Mustaqim, M & Noormasitah, J. (2022). Ulasan Alasan Penghakiman Kes Iqmal Syahir Danial bin Hamdan dan Nooratika binti Abu Daud, Jurnal Syariah Perak al-Qanun (1), 326-333.
Nasir, A.H. (1977). Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Penerbitan Jabatan Muzium Kuala Lumpur.
Sayidah, A.B, Muhammad, R.O, & Zulzaidi Mahmod. (2022). Penulisan Alasan Penghakiman dan Prosedur di Mahkamah Syariah Berpandukan Hadis: Analisis Pemakaian dan Pengecualian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (7), 1-12.
Zuhaili, W. 1984. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyik: Dar al-Fikr.
Zurina, M. et al. (2023). Penasaban dan Pendaftaran Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf Orang Islam di Malaysia dan negara Asian Lain, Islamiyyat 45(2), 15-38.

Downloads

How to Cite

Muhammad Adam Hakim bin Mohd Shahlan , M. A. H. bin M. S. . (2026). PENGGUNAAN NAS AL-QURAN DAN HADITH DALAM ALASAN PENGHAKIMAN KES PENGESAHAN TARAF ANAK: ANALISIS KES IQMAL SYAHIR DANIAL BIN HAMDAN DAN NOORATIKA BINTI ABU DAUD. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 595-615. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/130