PERBANDINGAN PELAKSANAAN, PERUNDANGAN DAN AMALAN SULH DAN MEDIASI DI NEGARA MALAYSIA, SINGAPURA DAN BRUNEI: SATU TINJAUAN


Date Published : 25 November 2024

Contributors

Muhammad Isyraq Husaini Muliadi

Author

Hendun Abd Rahman Shah

Author

Keywords

Proses sulh process majlis sulh mediasi ADR

Proceeding

Track

Article

License

Copyright (c) 2024 Muhammad Isyraq Husaini Muliadi; Hendun Abd Rahman Shah;

Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.

Abstract

Kajian ini meneliti pelaksanaan, undang-undang dan amalan sulh dan mediasi sebagai pendekatan penyelesaian alternatif dalam kes-kes Syariah yang melibatkan isu-isu kekeluargaan dan kes-kes susulannya. Penyelesaian pertikaian ini bergantung kepada budi bicara kedua-dua pihak sama ada melalui perbincangan tertutup dalam majlis sulh atau melalui proses perbicaraan di mahkamah Syariah sekiranya tiada persetujuan dicapai dalam fasa pra-bicara. Dari sudut perundangan dan amalan, majlis sulh akan diadakan dalam jangka waktu yang ditetapkan oleh Mahkamah Rendah Syariah dan melibatkan sesi pertemuan yang hanya dihadiri oleh pihak-pihak yang berkonflik serta pegawai sulh yang bertindak sebagai pemudah cara. Kajian ini meninjau secara umum perbandingan pelaksanaan sulh atau mediasi yang diamalkan di Malaysia, Singapura dan Brunei dari segi punca kuasa, proses, jenis kes, mahkamah yang berbidangkuasa, pelaksanaannya dan kod etika pegawai sulh atau mediator yang mengendalikan konflik tersebut. Melalui analisis kualitatif yang dijalankan terhadap beberapa buah artikel, jurnal dan kertas kajian mendapati bahawa titik persamaan pelaksanaan sulh dan mediasi di ketiga-tiga negara ini menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap prinsip Syariah dalam menyelesaikan konflik melalui perdamaian dan perundingan tanpa mengaibkan mana-mana pihak yang bertikai. Walaupun setiap negara menghadapi cabaran unik dalam menyesuaikan kaedah ini dengan sistem perundangan masing-masing, sulh dan mediasi secara keseluruhan menawarkan pendekatan yang komprehensif dan fleksibel untuk menyelesaikan pertikaian secara damai.

References

Abd Rahman Shah, H., Mohd Ali, N., Che Musa, N., Yaakob, A., & Mustafa ’Afifi Ab Halim. (2022). Sulh dan mediasi dalam talian dalam konflik kekeluargaan di Mahkamah Syariah Malaysia: Prospek dan cabaran norma baharu. Ulum Islamiyyah, 34(3), 70–80. https://doi.org/10.33102/uij.vol34no3.490
Abu Bakar, Z. R. (2011). Sulh in the Malaysian Syariah Courts. Conference Rediscovering Mediation in the 21st Century. Malaysia’s Leading Law Publisher.
Adzidah Yaakob, Zakaria, M. Z., Ahmad, A., Mohd, K. W., & Mutstafa ‘Afifi Ab Halim. (2016). Pengenalan dan keberkesanan sulh di Mahkamah Syariah. Universiti Sains Islam Malaysia.
Ahmad Jefri Rahman. (2013). Developments in arbitration and mediation as alternative dispute mechanisms in Brunei Darussalam. February, 17–18.
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Black, A. (2001). Alternative dispute resolution in Brunei Darussalam: The blending of imported and traditional processes. January, 13, 19.
Black, A. (2005). Survival or extinction? Animistic dispute resolution in the Sultanate of Brunei. Vol 13, 4.
Chong, N. M. (2020). Mediation and appropriate dispute resolution. SSRN Electronic Journal. https://doi.org/10.2139/ssrn.3579326
Dahalan, H. M. (2014). Pengurusan sulh: Peranan, pelaksanaan dan keberkesanannya oleh pegawai sulh. International Research Management and Innovation Conference, 560–570.
Dahlan, N. K., Palil, M. R., & Abdul Hamid, M. (2017). Kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dari sudut syariah di Malaysia. Journal of Nusantara Studies.
Dy. Zainab T. H. (2009). Perkembangan pentadbiran Mahkamah Syariah di Negara Brunei Darussalam. Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001.
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Fadzli, W. M. A. (2018). Mediation in the Syariah Courts: An empowering alternative for amicable resolution in Syariah disputes. UM Law Review.
Hashim, H., Mokhtarii, M. F. M., & Chow Jen T’chiang, N. Z. (2021). Mekanisme pelaksanaan majlis sulh di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. E-Prosiding Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2021 “Wawasan Kemakmuran Bersama 2030”.
Ismail, A. Prosedur pelaksanaan sulh: Kajian perbandingan di antara Mahkamah Syariah Selangor dan Mahkamah Syariah Singapura.
Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) (Terengganu) 2014.
Kamaruddin, Z., & Abdullah, R. (2002). Kamus istilah undang-undang keluarga Islam. Zebra Editions Sdn Bhd.
Maideen, K. A. M. M. M. (2021). A study of Muslim divorces and procedures in Syari’ah Court Singapore. Jurnal Pengajian Islam, 14(1), 194–214.
Mohd Ali, S. N. H., & Hasan, Z. (2008). Perlaksanaan sulh dan keberkesanannya di Mahkamah Syariah Selangor.
Ramlee, N., Hidzam, N. H., & Bukhari, M. (2022). Amalan sulh dalam norma baharu di Brunei dan Malaysia. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 23(2), 54–67.
Ramli, R., Supaat, D. I., & Hashim, H. (2020). Kebiasaan baharu (New Normal) dalam pelaksanaan sulh kes hadhanah dan nafkah anak: Isu dan cabaran. Insla E-Proceedings, 3(1), 414–437.
Wan Adnan, W. A., & Ab Halim, A. (2019). Pelaksanaan sulh dalam kes melibatkan tuntutan hartanah orang-orang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia. Journal of Shariah Law Research, 27–54.

Downloads

How to Cite

Muliadi, M. I. H. ., & Abd Rahman Shah, H. . (2024). PERBANDINGAN PELAKSANAAN, PERUNDANGAN DAN AMALAN SULH DAN MEDIASI DI NEGARA MALAYSIA, SINGAPURA DAN BRUNEI: SATU TINJAUAN . International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF), 2(1), 122-134. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjiconf/paper/view/83