SALAH FAHAM AMALAN SUMPAH: PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SUMPAH DI DALAM MAHKAMAH DAN LUAR MAHKAMAH MALAYSIA
Contributors
Wan Abdul Fattah Wan Ismail
Hasnizam Hashim
Zulfaqar Mamat
Ahmad Syukran Baharuddin
Norma Jusof
Mohamad Aniq Aiman Alias
Keywords
Proceeding
Track
Article
License
Copyright (c) 2024 Wan Abdul Fattah Wan Ismail; Hasnizam Hashim; Zulfaqar Mamat; Ahmad Syukran Baharuddin; Norma Jusof; Mohamad Aniq Aiman Alias;
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Abstract
Sumpah merupakan kaedah pembuktian yang sering digunakan dalam Mahkamah Syariah di Malaysia sama ada dalam mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan. Sumpah juga merupakan kaedah pembuktian yang disepakati ulama secara umumnya sepertimana ikrar dan kesaksian. Sekalipun sumpah sudah lama termaktub dalam nas-nas syarie dan telah dibincangkan secara detail dalam kitab-kitab turath dan moden, namun pemahaman umum mengenai sumpah kehakiman (sumpah dalam mahkamah) dan biasa (sumpah luar mahkamah) masih lagi jauh. Tidak dinafikan terdapat di bahagian-bahagian tertentu persamaan di antara sumpah di dalam dan luar mahkamah. Namun dalam waktu yang sama terdapat juga jurang perbezaan agak ketara di antara kedua-duanya. Sumpah di luar mahkamah tidak dapat dijadikan kaedah pembuktian di hadapan hakim, sekalipun sighahnya hampir sama. Namun sumpah di dalam mahkamah secara asasnya dijadikan kaedah pembuktian. Walaupun begitu terdapat juga sebahagian sumpah dalam Mahkamah hanya berstatus sebagai kaedah pengukuhan iaitu untuk meyakinkan hakim sama ada meneruskan perbicaraan atau dalam membuat keputusan. Maka kertas kerja ini akan memfokuskan kepada konsep sumpah, sighah, hukum, niat, tawriah dan kafarah sumpah. Selain daripada itu terdapat perbandingan mengenai kekuatan sumpah di dalam atau di luar mahkamah sebagai kaedah pembuktian. Dengan penjelasan ini akan merungkaikan silap faham di antara sumpah di dalam mahkamah dan di luar Mahkamah. Sungguhpun kedua-dua kelihatan ‘sama’ namun hakikat sebenarnya ‘tidak serupa’ khususnya dari segi kekuatan dalam pembuktian.