KAJIAN KEBERKESANAN SULH DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN NEGERI SEMBILAN
Contributors
Hendun Abd Rahman Shah
Shahirah Hafiz Mohd Tahir Naeem
Nurdila Husna Amran
Nurul Nabillah Asmawi
Fauzan Hafidzi Mustakim
Keywords
Proceeding
Track
Article
License
Copyright (c) 2024 Hendun Abd Rahman Shah; Shahirah Hafiz Mohd Tahir Naeem; Nurdila Husna Amran; Nurul Nabillah Asmawi; Fauzan Hafidzi Mustakim;

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Abstract
Islam menggalakkan umatnya untuk memilih jalan perdamaian ketika berlakunya perselisihan faham diantara suami dan isteri. Di Mahkamah Syariah, kaedah utama yang digunakan untuk menyelesaikan pertikaian dalam kalangan pasangan suami isteri adalah melalui kaedah Sulh bagi mempercepatkan proses Mahkamah dalam menangani konflik rumahtangga. Kaedah ini amat dianjurkan oleh perundangan Islam kerana ia bukan sahaja berfungsi untuk menyelesaikan masalah dan konflik, malah menekankan konsep perdamaian dan persetujuan bersama antara pihak-pihak yang terlibat. Dalam konteks perundangan Islam di Malaysia, sulh terutamanya digunakan untuk menyelesaikan kes-kes perbalahan berkaitan kekeluargaan, seperti yang diperuntukkan dalam Akta atau Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri-negeri dan Undang-undang Keluarga Islam. Justeru, kertas kerja ini membincangkan sejauhmana keberkesanan Majlis Sulh sebagai medium untuk menyelesaikan kes-kes di Mahkamah Syariah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian analisis kandungan dan kritis termasuk kajian kepustakaan berpandukan sumber primer dan sumber sekunder serta membuat analisa data kes sulh yang didaftarkan di mahkamah. Hasil kajian menunjukkan peningkatan positif dalam penyelesaian kes melalui Sulh berdasarkan statistik tahunan yang dilaporkan. Beberapa cadangan juga dikemukakan di akhir kertas kerja ini, yang dianggap relevan untuk diaplikasikan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa.