KEGANASAN RUMAH TANGGA: ISU DAN PENYELESAIAN DALAM KERANGKA UNDANG-UNDANG SIVIL DAN SYARIAH DI MALAYSIA
Contributors
Hendun Abd Rahman Shah
Zakir Azim Mohd Halim
Ummi Maisarah Mohd Safawai
Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim
Keywords
Proceeding
Track
Article
License
Copyright (c) 2024 Hendun Abd Rahman Shah; Zakir Azim Mohd Halim; Ummi Maisarah Mohd Safawai; Tuan Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim;

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Abstract
Keganasan rumah tangga adalah satu jenayah yang sangat serius dan perlu ditangani dengan segera kerana mangsa-mangsa keganasan ini bukan sahaja terkesan pada aspek fizikal malah juga aspek mental. Kertas kerja ini bertujuan meninjau konsep, faktor-faktor pencetus dan isu-isu yang perlu ditangani yang menyumbang kepada keganasan dalam sesebuah rumah tangga serta bagaimana peruntukan-peruntukan yang ada dalam perundangan sivil dan syariah dapat membantu dalam menyelesaikan isu-isu tersebut dan seterusnya menjadi panduan kepada para mangsa yang ingin mendapatkan pembelaan dan perlindungan dalam keganasan rumah tangga. Kertas kerja ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan melalui sorotan literatur dan kajian perundangan. Dapatan kertas kerja menunjukkan secara keseluruhannya, Akta Keganasan Rumahtangga 1994 menyediakan perlindungan yang lebih spesifik dan komprehensif berbanding Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutua) 1984 dalam menangani isu kegansan rumahtangga di Malaysia. Akhir sekali, setelah melihat kepada pelbagai faktor, isu dan kaedah penyelesaian mengikut perundangan sivil dan syariah di atas, adalah penting bagi segenap lapisan masyarakat untuk turut memainkan peranan bagi menangani keganasan rumah tangga.