PERJANJIAN PENYELESAIAN DAN PENGHAKIMAN PERSETUJUAN DALAM KES SULH DI MAHKAMAH SYARIAH: KAJIAN AMALAN, ISU DAN ANALISIS KES
Contributors
Hendun Abd Rahman Shah
Norfadhilah Mohamad Ali
Hanis Syahirah Mohd Zulkefli
yasmin Ramli
Intan Shafinaz Mohammadi
Nurul Izzati Kholdun
Nur Aina Zafirah Azmi
Keywords
Proceeding
Track
Article
License
Copyright (c) 2024 Hendun Abd Rahman Shah; Norfadhilah Mohamad Ali; Hanis Syahirah Mohd Zulkefli; yasmin Ramli; Intan Shafinaz Mohammadi; Nurul Izzati Kholdun; Nur Aina Zafirah Azmi;

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
Abstract
Penyelesaian secara damai atau sulh adalah sangat dianjurkan dalam Islam dan amalannya kini diperluaskan di Mahkamah Syariah di Malaysia sebagai salah satu penyelesaian pertikaian pihak-pihak tanpa melibatkan prosedur Mahkamah yang rumit. Sulh menawarkan pihak-pihak untuk berbincang dengan lebih bebas dan terbuka tanpa terikat dengan undang-undang yang ketat. Prinsip kerelaan adalah elemen terpenting dan amat dititikberatkan dalam proses sulh yang mana pihak-pihak perlu hadir dengan sukarela tanpa paksaan dan kemudian mencapai persetujuan bersama tanpa campur tangan pihak ketiga. Walaupun begitu, ada situasi terjadi dimana pihak-pihak melanggar Perjanjian Penyelesaian yang telah dipersetujui dan yang telah ditandatangani di akhir Majlis Sulh. Penghakiman Persetujuan yang telah direkodkan juga telah dicabar melalui rayuan serta semakan. Oleh itu, artikel ini mengkaji berkenaan amalan penderafan Perjanjian Penyelesaian dan proses merekodkan Penghakiman Persetujuan. Selain daripada itu, kajian ini juga membincangkan isu-isu yang berbangkit dari Perjanjian Penyelesaian dan Penghakiman Persetujuan yang telah direkodkan oleh Mahkamah serta membuat analisis terhadap kes-kes undang-undang. Metodologi kajian ini adalah menggunakan kajian secara kualitatif dengan mengguna pakai kajian perpustakaan dengan menganalisa peruntukan undang-undang dan artikel jurnal serta temu bual bersama seorang responden; pegawai sulh mahkamah syariah. Kajian ini mencadangkan bahawa Perjanjian Penyelesaian sulh tidak mengikat pihak-pihak sehingga Penghakiman Persetujuan direkodkan oleh Mahkamah Syariah berbidangkuasa. Selain daripada itu, amalan terbaik dan kaedah-kaedah yang diperuntukkan harus dipatuhi bagi mengelakkan ketidakpuasan hati dan dicabar oleh pihak-pihak yang terkesan.