REVIU TERHADAP KES-KES PENENTUAN STATUS AGAMA DI MALAYSIA


Date Published : 18 November 2024

Contributors

Siti Zubaidah Ismail

Author

Keywords

keluar agama murtad penentuan status agama semakan kehakiman

Proceeding

Track

Article

License

Copyright (c) 2024 Siti Zubaidah Ismail;

Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.

Abstract

Permohonan penentuan status agama di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Kertaskerja ini bertujuan untuk menunjukkan realiti sebenar kedudukan kes-kes yang berlaku di mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Dengan menganalisis kes-kes yang dilaporkan di dalam pelbagai jurnal undang-undnag, kajian ini mendapati terdapat pelbagai kepelbagaian dalam permohonan. Tidak semua permohonan dibuat di mahkamah syariah. Terdapat juga permohonan yang dibuat ke mahkamah sivil untuk memohon keluar agama dan memohon semakan kehakiman untuk mencabar keputusan mahkamah syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara yang menolak permohonan mereka untuk menukar agama dan menukar nama. Permohonan penentuan status agama yang diluluskan oleh mahkamah syariah hanya yang melibatkan kes keliru mengenai agama dan bukannya kes membabitkan orang Islam asal yang ingin keluar agama. Sebagai rumusan, mahkamah syariah didapati amat berhati-hati dalam membuat keputusan mengenai penentuan status agama seseorang.  

References

Abdullah @ Chew Li Hua, N. (2007). Legislating faith in Malaysia. Singapore Journal of Legal Studies, 264–289.
Al Adib Samuri, M., & Quraishi, M. (2014). Negotiating apostasy: Applying to ‘leave Islam’ in Malaysia. Islam and Christian-Muslim Relations, 25(4), 507–523. https://doi.org/10.1080/09596410.2014.907054
Ismail, S. Z. (2000). Pertindihan bidangkuasa mahkamah syariah: Sorotan terhadap kes-kes murtad. IKIM Law Journal, 4, 69–98.
Ismail, S. Z. (2017). Undang-undang kesalahan jenayah syariah di Malaysia. Penerbit Universiti Malaya.
Md Nasir, N. A., & Ismail, S. Z. (2017). Amalan mahkamah syariah mengisytiharkan status agama dalam kes permohonan keluar Islam. KANUN, 26(1), 1–37.
Mohamad Ahmad, N. (2020). Definisi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dan kesannya terhadap kefahaman dan amalan ajaran Islam di Malaysia. Sains Insani, 5(2), 9–16.
Mohamed Adil, M. A. (2007). Restrictions in freedom of religion in Malaysia: A conceptual analysis with special reference to the law of apostasy. Muslim World Journal of Human Rights, 4(2), Article 1.
Mohammad, M. N., & Muhd Kusrin, Z. (2017). Conversion out of Islam and its implication under the laws of Malaysia. Ijtima’iyya, 2(2), 215.
Pg Musa, P. I., & Ismail, S. Z. (2015). Permohonan keluar Islam: Kajian kes di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah. Jurnal Syariah, 23(1), 53–78.
Yaacob, A. M. (2012). Islam dan kebebasan beragama menurut Perlembagaan Persekutuan. Yayasan Ilmuwan.

Downloads

How to Cite

Ismail, S. Z. . (2024). REVIU TERHADAP KES-KES PENENTUAN STATUS AGAMA DI MALAYSIA. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF), 2(1), 34-40. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjiconf/paper/view/66